Memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang baik, maka ramailah juga selebriti tempatan yang berusaha menambah pahala mereka dengan beribadah seperti bersolat terawih, mengurangkan aktiviti nyanyian, lakonan dan sebagainya.
Hari ini iaitu 10 Julai 2013 iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1434, umat Islam hari ini menyambut kedatangan bulan puasa, ingin saya ucapkan kepada pembaca Skynightz Selamat Menyambut bulan Barakah ini bersama-sama dengan iman dan takwa kepada Allah.
Bagi Fouziah Gous, Ramadan kali ini pertama kali baginya disambut bersama tunangnya yang tercinta dan tahniah diucapkan kepada beliau juga tunangnya. Kami di Skynightz mendoakan semoga mereka berdua bakal bersama-sama mendirikan rumah tanggai tidak lama lagi.
















