Saturday, 25 May 2013

Bahaya Kerap Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sesuatu yg ingin saya kongsi dengan rakan2.....

tentang bahayanya menggunakan komputer dan laptop sepanjang masa tanpa menyedari ada impak di sebalik nya...
apa pun masih ada cara untuk mengatasi nya....

camera.....roll....and action.....zazzzzzz..... 



Anda tahu tak bahaya yang akan menimpa diri anda sekiranya menggunakan komputer/laptop terlalu lama??Kepada sesiapa yang kerap menggunakan komputer/laptop sepanjang masa, keberangkalian anda mungkin terdedah kepada Carpal Tunnel Syndrom. Nak tahu lebih lanjut ..baca info nie sampai habis....



Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang berterusan pada bahagian tersebut. Dan biasanya sering berlaku kepada mereka yang sering menggunakan keyboard dan mouse.

Tanda-tanda penyakit ini ialah antara lain seperti sering rasa sengal pada pergelangan tangan dan juga jari tangan, terutamannya pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Dikatakan wanita mempunyai risiko 3 kali lebih mudah untuk terkena Carpal Tunnel Syndrome. Penyakit ini boleh mengakibatkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan anda tidak dapat berfungsi bahkan mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali.

Antara gejala/tanda-tanda awal lain yang anda boleh rasa sekiranya menghidapi penyakit ini ialah:

* Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa bahagian di telapak tangan
* Susah menggenggam atau mengepalkan tangan.
* Sering menjatuhkan barang




Tapi anda jangan risau kerana ada cara-cara untuk mencegahnya ..apa yang anda perlu buat ..hanya ikut panduan atau cara yang sebetulnya ketika menggunakan komputer/laptop anda.

* Jarak Pandangan antara mata dengan komputer mestilah lebih daripada 60 cm
* Pandangan antara mata ke monitor harus mengarah sedikit ke bawah atau sekitar 5-15° lebih rendah dari posisi horizontal pandangan mata
* Elakkan pantulan lampu atau cahaya yang masuk ke monitor
* Posisi tangan di atas keyboard harus membentuk sudut 90 darjah
* Kerusi anda dan posisi tangan biarlah selari dengan meja ketika anda menggunakan keyboard
* Jangan menggunakan komputer (lebih dari 2 jam)(berhenti seketika, berdiri, sedikit strecthing dan berjalanlah sebentar 1 atau 5 minit) secara periodik sebelum mengadap pc semula.
* Gunakan pelapik mouse dan keyboard untuk keselesaan anda
* Gunakan pelapik kaki bila diperlukan
* Gunakan kerusi yang dapat menyokong posisi punggung anda

No comments:

Post a Comment