Wednesday 29 May 2013

Hukum Menggunakan Minyak Wangi Beralkohol

Minyak Wangi

Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang betul?
(Suhaimi Mohd Yatim)

Jawapan : Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.

Waktu Tidur Yang Dibenci Allah

Waktu Tidur Yang Dibenci Allah
1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh

DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ

”Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).

Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka  iaitu orang salih  adalah
tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih,  walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.

Tanda-Tanda Diri Diganggu Jin

Tanda-Tanda Diri Diganggu Jin
1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat.
Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” 

Info Penting Untuk Pasangan Suami Isteri

Suami Isteri
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

12 Tips Malam Pertama Dalam Islam

Malam Pertama

Gambar sekadar hiasan
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Tujuh petanda rumah tangga anda ada masalah


Rumah tangga anda ada masalah jika ia mempunyai tujuh petanda berikut:

1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.

2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.


3. Anda dapati diri anda di pandang serong oleh pasangan anda dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.

4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa untuk keluarga.

5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan ketenangan di luar rumah.

6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan pada pasangan anda.

7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.

Jika anda ada tujuh petanda di atas, anda perlu muhasabah diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.

TIPS MENGAJAR ANAK SIKAP HORMAT


Perkongsian ini mendapat share yang paling tinggi untuk bulan lepas. Lebih 88,000 orang viewed perkongsian. Ibu muatkan sekali lagi bagi yang terlepas. Perkongsian daripada Admin saya. TQ admin. CONGRATULATION!

Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat:

Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.

Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!

Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?

Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'

Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.

Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.

Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:

'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.

Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.

Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.

Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.

Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.

Durian Belanda Ubat Penyakit kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Durian Belanda 2
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Durian Belanda 3
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
WallahuAlam….

sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.


Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa

    1. Banyak makan epal yang sudah masam.

    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

    3. Banyak makan bawang besar.

    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

    5. Memakan kepala ikan.

    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

    7. Makan sehingga terlalu kenyang.

    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal. 

Bahaya Online Melebihi 5 Jam

Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.

computer 201x300 Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5jam Sehari!

Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang  yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah  diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,

    “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”

Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90%  lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang  juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.

Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,

    “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.

Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.

Kesan Buruk Minum Air Berdiri


salam sejahtera dan selamat datang ke blog Laman Informasi Terbaik.Satu perkara mungkin kita tidak tahu iatu persoalannya Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.

Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : Jangan lupa banyakkan minum air masak..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Bahaya Minuman Air Bergas


"meme arr" sebut je pasal minuman bergas dan berkabonat ni..siapa x suka dari dewasa sampai kanak-kanak. Lagi-lagi waktu korang tengah haus dan kepanasan..air gas sejuk jadi pilihan kita. Haaa mesti korang tau, minuman bergas tak elok untuk diminum kerana kandungan gula yang banyak. Kali ni admin nak kongsi beberapa kesan buruk yang membahayakan kesihatan korang.

-Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.

-Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.

-Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

-Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

P/s: Hati-hati dan jangan korang buat tak tau dengan bahayanya minuman bergas ni. Air bergas lebih kandungan gula dan ini boleh menyebabkan sakit jantung malah kencing manis dan jugak kegemukan.

Petua Untuk Hilangkan Sengugut


Bahaya Sengugut 
SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim samada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menumpang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.



 Petua Untuk Hilangkan Sengugut
---->Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

--->Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

--->Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

--->Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

--->Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

--->Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

 --->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

--->Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

--->Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

--->Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

--->Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Bahaya Maggie Pada Kesihatan

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.


Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

       

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

4 Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku

Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?
Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.

STRESS

Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.

CLUSTER
Cluster HA Kenali 4 Jenis Sakit Kepala
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.

• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

SINUS

n1265 Kenali 4 Jenis Sakit Kepala

Kesakitan yang dirasai adalah hasil  dari tekanan dalam sinus tengkorak.  Kesakitan tertumpu dibelakang dahi  dan tulang  pipi. Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.Tanda tanda bahawa  anda mempunyai jangkitan sinus ialah:

• Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.

• Rasa sakit di gigi

MIGRAIN

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

• Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahan- lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.

• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.

Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius

Kisah Sedih Si Anak Kecil Kehilangan Tangan

Sepasang suami isteri  meninggalkan anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.  Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan bersama pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya,ata upun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat kereta
bapanya diparking, tetapi kerana lantainya dibuat dari marmar, coretan tidak begitu kelihatan. Dicubanya mencoret pada kereta baru ayahnya.Ya kebetulan... kerana kereta itu bewarna gelap, coretannya nampak lebih jelas. Apa lagi, makin seronoklah kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitinya.

 Hari itu bapa dan ibunya menunggang motosikal ke tempat  kerja, kerana ada perayaanThaipusam, jadi lebih mudah perjalanan menuggang motor mengharungi jalan yang sesak.Kanak – kanak itu terus mencoret, Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri kereta. Dibuatnya lukisan gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya.

Kejadian itu berlangsung tanpa disedari oleh si pembantu rumah.Pulang dari kerja, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran habis dicoret sana sini. Si bapa yang belum lagi masuk ke rumah pun terus menjerit, "Kerja siapa ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 lagi apabila melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukanpertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu Pak... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari

biliknya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yang membuat itu abahhh.. cantik kan!"katanya sambil memeluk abahnya ingin bermanja seperti biasa.Si bapa yang hilang sabar mengambil sebatang ranting dari pokok bunga raya di depannya

terus dipukulkannya berkali2 ke telapak tangan anaknya.  Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan,si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu hanya mendiamkan diri sahaja,seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah tercengang, tidak tahu apa harus dibuatnya?.Si Bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil  luka2 dan berdarah.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia turut menangis mengenangkan nasib si Kecil. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan ketika luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.

Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya,kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Sapukan ubat saja!"jawab tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang masih berada di bilik pembantu. Si bapa kononnya mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi makan panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya.Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu kamar pembantunya.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat, doktor

memanggil ibu dan bapa anak itu."Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah bernanah,demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah"kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar manandatangani

surat persetujuan pembedahan. Keluar dari bilik  pembedahan, selepas ubat bius yang suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga hairan melihat kedua tangannya berbalut kain putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajahpembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus

membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah.. kembalikan tangan Ita.Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 kereta lagi," katanya berulang-ulang. Serasa sesak jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

semoga kisah ini dapat dijadikan tauladan serta ikhtibar kepada kita ingatlah anak-anak umpama kain putih kita lah yang mencoraknya silakan share kisah sedih ini bersama rakan-rakan anda.