Wednesday 29 May 2013

Separuh akhir kedua Piala FA Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang dan Johor didenda

KUALA LUMPUR 29 Mei - Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing didenda atas insiden kekecohan penonton yang berlaku sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang dibatalkan di Stadium Darul Makmur, semalam.
PBNP didenda RM100,000 kerana gagal menyediakan tahap keselamatan yang dikehendaki manakala PBNJ pula didenda RM20,000 kerana pemain Johor DT tidak menunggu tempoh yang ditetapkan iaitu 90 minit permainan.
Sementara itu, perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan kedua-dua pasukan yang dibatalkan semalam akan diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Tiket perlawanan akan mula dijual pada Jumaat ini.
Semua keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM petang ini. - Utusan


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130529/su_08/Separuh-akhir-kedua-Piala-FA-Sabtu-ini-di-Stadium-Nasional-Bukit-Jalil-Pahang-dan-Johor-didenda#ixzz2UgzaKTLs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment