Friday, 24 May 2013

Jangan Terus Buang Minuman Yang Dijatuhi Lalat, Kenapa?


lalat Jangan Terus Buang Minuman Yang Dijatuhi Lalat, Kenapa?
Pada tahun 1871, Prof J. Leidy, seorang pakar bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat pembawa pelbagai kuman penyakit kepada manusia.
Namun pada tahun 1927 seorang lagi saintis bernama Shope membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh lain-lain kuman bakteria. Kajian Shope ke atas lalat rumah menunjukkan ia mengandungi virusbacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman staphylococcus muscaeescherichia coli,salmonella paratyphi dan eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga. Hasil penemuan itu mendorong kajian-kajian seterusnya.
Pada tahun 1934, M.A.Stewart, mendapati lalat berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini larva tersebut berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Larva-larva itu dipercayai berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya.
380831 327079597316793 281922481832505 1131827 1768523757 n Jangan Terus Buang Minuman Yang Dijatuhi Lalat, Kenapa?
Seorang lagi pengkaji S.W. Simmons pada tahun 1935 mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti staphylococcus aureusbaemolytic streptococcidan clostridium welchii. Pada tahun yang sama, W.Robinson dalam kajiannya mendapati larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Semua penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insert Immunology karangan Edward Steinhaus.
Pada tahun 1939, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain dan tidak berbahaya. Pada tahun 1947, Ernestein, seorang inggeris juga turut menyelidik lalat. Hasil penyelidikannya, Ernestein menemui sejenis mikroorganisma fitriat yang diberi nama ambaza mouski dari golongan antomofterali. Beliau menyimpulkan bahawa fitriat pada lalat dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Seterusnya pada tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama javasin. Para peneliti lain iaitu Profesor Kock, Famer (inggeris), Rose Etlengger (Jerman) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma tersebut.
Mereka membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat hujung kakinya sahaja dan bukan pada seluruh badannya. Mereka juga menyatakan mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair, caranya, merendam lalat tersebut di dalam air.
Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila lalat jatuh kedalam minuman salah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ternyata apa yang disabdakan oleh lidah Nabi Muhammad s.a.w adalah benar. Sekarang, apa akan anda lakukan apabila seekor lalat yang diketahui kotor, menghurung najis, tiba-tiba terjatuh ke dalam cawan minuman anda. Adakah anda membuang minuman itu atau meminumnya selepas membaca cerita ini?.

No comments:

Post a Comment