Friday 5 July 2013

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2013/1434H Seluruh Malaysia

zakat fitrah 2013

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg. 

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.50 

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam yang berkemampuan tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu. Zakat itu bererti suci, bersih, berkat, bertambah dan subur. Membayar zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam yang menepati syarat-syarat berikut:

Syarat Wajib Bayar Zakat Fitrah



  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment