Wednesday, 10 July 2013

Linda Onn Luah Perasaan Di Twitter

Linda Onn

Bagi mereka yang baru kehilangan insan tersayang, pastinya Ramadhan kali ini membawakan seribu satu makna yang sungguh berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Perkara tersebut turut dirasai oleh pengacara dan penyampai radio terkenal, Linda Onn.
Menerusi status di laman Twitter milik Linda, penyampai radio ini telah melahirkan rasa rindunya terhadap arwah bapa tercinta, Onn Chik dan dalam pada itu dia turut akui tidak tahu bagaimana untuk menghadapi bulan yang mulia ini tanpa bapa tersayang.

Taktau mcmana perasaannya.Taktau mcmana nak menghadapinya.Ini kali pertama Ramadhan tanpa ayah.Ya Allah,rindunya ku pada ayah. Salam Ramadhan.
Linda Onn
Linda Onn rindu arwah ayah
Bagaimanapun, Linda tidak keseorangan. Melalui respon peminat di laman sosialnya itu, ramai antara mereka telah memberikan kata-kata semangat buat Linda dan berharap agar penyampai radio tersebut tetap bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu di sisi.
Linda Onn copy
Untuk makluman, bapa Linda Onn telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Februari lalu di Hospital Ampang, pada jam 2.30 pagi. Allahyarham difahamkan meninggal akibat serangan jantung.

No comments:

Post a Comment