Thursday 4 July 2013

Petua Sakit Gigi – Merawat Dan Mengurangkan

sakit-gigi

Sakit gigi amat menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
  • Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Petua Sakit Gigi

Petua Sakit Gigi Merawat Dan Mengurangkan Petua Sakit Gigi   Merawat Dan Mengurangkan
Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment