Wednesday, 10 July 2013

“Semua Salah Puteri Buat Video Tu” – Puteri Awani Ahmad

Puteri Awani Ahmad
Puteri Awani Ahmad merupakan seorang pelajar biasa yang tidak dikenali sebelum ini. Tetapi baru-baru ini, kesilapannya memuat-naik video tersebut dan meletakkannya sebagai “public” dan boleh ditonton semua orang mengundang padah apabila dirinya dan pasangan teruk dikritik masyarakat yang tidak senang melihat gelagat pasangan tersebut. Berikutan itu, timbul beratus-ratus video parodi yang meniru apa yang dilakukan Puteri Awani di dalam video tersebut.

Bukanlah nak backup adik Puteri ni, tapi come on guys, macamlah korang pun tak pernah angau bercinta. Macam la mak bapak korang pun tak pernah bercinta. Cumanya zaman dulu dan sekarang dah lain di mana zaman sekarang kita dah ada medium-medium yang beginilah seperti video, gambar dan sebagainya di mana boleh dilakukan dengan mudah dan cukup senang dengan bantuan pelbagai perkakasan teknologi di pasaran. Jadi apalah yang nak dihairankan pun melainkan timbul rasa sakit hati dan cemburu dalam jiwa? Kalau rasa apa yang dilakukan adik kita ni silap, kita tegur baik-baik boleh kot?
Berikutan dari segala apa yang berlaku, Puteri Awani tampil melalui laman blog peribadinya memberikan penjelasan serta memohon maaf kepada semua yang merasa tidak senang hati dengan kehadiran video tersebut;
Puteri Awani 2
Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.
Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :’)
Di taip oleh jari-jari runcing Puteri Awani
Jadi tolong hentikanlah segala jenis parodi yang dimuat-naik. Biarlah adik Puteri Awani inipun ingin rasa bahagia mengikut cara dia sendiri. Mak ayah dia ada boleh tegur kalau benda tak betul kan? Cuma nasihat kami kepada adik Puteri, baik adik tumpukan pada perkara yang lebih penting seperti pelajaran dan keluarga dahulu pada usia adik yang terlalu muda. Hati-hatilah selalu ya bila berkawan. Susah nak jumpa lelaki yang betul-betul baik dik zaman sekarang. Jangan mudah percaya.
COMEL ADIK PUTERI AWANI NI. MOGA SUATU HARI NANTI ADIK BERTEMU JODOH DENGAN PASANGAN YANG BAIK UNTUK DIRI ADIK.

No comments:

Post a Comment