Sunday, 7 July 2013

Tips Penggunaan Katil

Tips Penggunaan Katil

Sebelum itu, anda perlu tahu sedikit mengenai pemilihan katil :
  • Pilihan katil sempurna mampu menyokong tubuh anda ketika berehat sepanjang malam…
  • Langkah awal pastikan anda memilih katil sesuai ketika berkunjung ke kedai perabot atau lakukan penelitian awal…
  • Pertimbangkan sewajarnya promosi daripada juru jual sebaliknya rasai keselesaan reka bentuk atau berbaring sendiri di katil yang anda minati…
  • Elakkan memilih rangka katil terlalu besar hingga mengganggu ruang pergerakan atau menyebabkan kecederaan terutamanya kanak-kanak….
Itu berkenaan tips macam mana nak memilih katil…Berbalik kepada tajuk entri ini, cara betul penggunaan katil… 
Tips yang MB ingin kongsikan bersama….Cara mengaplikasikan katil…..
  • Letakkan katil pada kedudukan paling selesa di bilik tidur anda dan jika luas, tempatkan di bahagian tengah….
  • Bagi bilik sempit,  MB cadangkan supaya katil disusun rapat ke dinding mengikut keselesaan dan sedap mata memandang…Ini bagi mengelakkan perkara jatuh katil tidak berlaku…hehehe..
  • Wujudkan ruang sisi katil sekurang-kurangnya 75 sentimeter (sm) bagi tujuan mengemas dan menukar cadar sementara bagi katil bujang pula, jarakkan antara 10 sm…
  • Kemudian, tetapkan dulu individu yang menggunakan katil sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga tua.. Orang dewasa lebih ekstrem penggunaan katil sebenarnya..hehehe…
  • Paling penting juga, berat dan ketinggian individu yang menggunakan katil juga perlu diambil kira dan sekiranya anda masih keliru, boleh dapatkan khidmat nasihat daripada kedai perabot pilihan anda…
  • Pertimbangkan juga jangka masa penggunaan katil di bilik tidur anda selain pastikan ukuran tepat katil dan ruang…
  • Paling penting, tahap keselesaan katil perlu diuji dan pastikan ia sesuai dengan dekorasi…Nak tidur perlukan keselesaan kan…
  • Jika katil anda sudah mengeluarkan bunyi-bunyi bising, anda perlu periksa skru-skru dan bahagian sambungan katil..Ini bagi mengelakkan keruntuhan katil berlaku..hehehe….
  • Selain itu juga, pastikan jenis tilam anda sesuai dengan kelebaran katil dan beban yang mampu katil anda tanggung…Faktor berat tilam dan berat pengguna harus di titik beratkan…Takut-takut nanti baru guna sebulan dua katil dah roboh…
  • Jika menggunakan katil yang berasaskan besi tidak menjadi masalah…tapi jika bahan asas adalah kayu, pengguna harus berhati-hati….jangan terlalu lasak atau ganas menggunakan katil….
  • Aspek keselamatan katil juga harus diambil kira…Elakkan guna katil yang mempunyai bucu-bucu tajam kerana ia membahayakan pengguna dan anak kecil….

Jenis Katil yang biasa digunakan : 

Katil Queen Size
Katil Bujang (single )
Katil Bertingkat


Cadangan katil untuk Bro Framestone bila dah berkahwin nanti…

Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda yang dalam perancangan ingin membeli katil dan mempraktikkan cara penggunaan katil yang betul…. Jangan pandang remeh dengan katil dan kita perlu ambil tahu mengenainya….

No comments:

Post a Comment